
Batu nisan Wan (datuk) arwah Megat Hussain Bin Ahmad. Datuk aku meninggal kerana sakit tua dirumahnya di Simpang Empat, Jalan Kangkong, Alor Setar pada 7/11/2002. Belian adalah anak tunggal kepada Ahmad dan Ku/Tunku Om. Keluarganya berasal dari Kepala Batas, Kedah iaitu sekitar Jalan Bukit Tinggi. AL FATIHAH....

Batu nisan kubur arwah Tok (Kiah Binti Saad), meninggal pada 8/7/2006. Meninggal di rumah chu (bapa saudara aku) di Kuala Kedah kerana masalah sesak nafas. Ketika ini aku baru seminggu di tukarkan ke Penang dari Slim River. AL FATIHAH....

Penanda kubur arwah abah. Meninggal pada 11/11/1998 jam 10.10mlm (khamis malam Jumaat) setelah beberapa hari berada di ICU Hospital Besar Alor Setar.

Hanya batu nisan tegak berdiri....AL FATIHAH....
No comments:
Post a Comment